Senin, 07 Juli 2008

Mempelajari Al-Qur'an

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasululloh S.A.W telah menganjurkan supaya kami
semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasululloh S.A.W memberitahu
tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasululloh S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di
akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu
orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah
kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan
juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu
siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu
Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca
mengadap Alloh S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan
kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak
dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya
: "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai
ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah
mempelajari Al-Qur'an."

Tidak ada komentar: